Wednesday, January 25, 2012

ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BEREBUAT BAIK


ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BEREBUAT BAIK

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”

(Ali-Imran ayat 134)

.

Firman allah s.sw.t

Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا

Bermaksud:-

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka. (Al-Thalaq ayat 11)

Terbaik Dalam Kehidupan.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan. Maksudnya, dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.

Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus, yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjukkan kami jalan yang lurus".
Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.

Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.

Kematian - Penamat jalan tersebut.

Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri.
Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suami teladan.

Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.

Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.

Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya. Suami teladan adalah suami yang baik, tidak mahu menyembuyikan sesuatu rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.

Dalam menjalinkan hubungan dengan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya serta memuliakannya. Firman Aah s.w.t. :

يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج

وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآء

وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ

بِفَحِشَةٍ مُبَيـِّنَةٍ ج وَعَاشِرُوهُنَّ بِالـْمَعْرُوفِ ج فَإِنْ كَرِهْتُمُو

هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.

(النســاء19)

”Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu. Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti. Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman tersebut untuk umatnya. Kerana baginda adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik. Sabda Rasulullah s.a.w :

”Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga ku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (HR Abu Asakir)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

---------------------oooooooooooooooo---------------


ZIKRULLAH –MENGINGATI ALLAH.


- ZIKRULLAH –MENGINGATI ALLAH.

Perhubungan mesra antara Ahli Sufi dengan Allah ternyata seperti tersebut dalam ayat al-Quran, Al-Baqarah ayat 152 :-

فَاذْ كـُرُونِىْ أ َذْكـُرْكـُمْ وَاشْكـُرُوالِى وَلَاتَكـْفـُرُونِ.

( البقرة 152)

Bermaksud: “Maka Ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepada mu dan berterima kasihlah kepada Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmat Ku). (Al-Baqarah ayat 152).”

Perhubungan yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi. Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh Allah. Semuanya kerana Allah semata-mata. Orang Sufi mengagung dan menyerahkan durinya kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja yang di pandangnya . Inilah yang mereka namakan zikrullah. Zikrullah ini sangat besar faedah dan hasilnya. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Yang Mulia:-

وَاذْكـُرْ رَّبَّكَ كـَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالـْعَشِىِّ وَالْإِبْكـَرِ(41)

Bermaksud: “Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak-banyak serta bertasbihlah pada waktu petang dan pagi.” (Surah Al-Imran, ayat 41)

فَإِذَاقَضَيْتُمُ ا لصَّلـَوةَ فَاذْكـُرُواللهَ قِيَمًا وَقـُعُودًا

وَعَلىَ جُنـُوبـِكـُمْ ج. (103)

”Apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbarinag. (Surah An Nisa’ ayat 103)

اِنَّنِىْ أ َنَا اللهُ لَا إِلـَهَ إِلا َّاّنَا فَاعْبُدْ نِىْ وَأَقِمِ الصَّلـَوةَ

لِذِكـْرِىْ. (طـَـــهَ, اية 14)

“Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.”

(Surah Tohaa, ayat 14).

“Sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar” (Surah al-Ankabut ayat 45)

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya” (Surah Al-Ahzab. ayat 41)

Ada banyak lagi ayat dalam al-Quran yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan Zikrullah ini. Mungkin ada orang meanggap zikir ini hanya ingat kepada Allah atau nama-nama Nya seperti ingatan yang biasa sahaja. Setelah ayat-ayat tentang ingatan (zikrullah) itu turun, orang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan meminta penjelasan tentang istilah zikir ini. Adalah dilaporkan dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda. ) الله لَا إِلـَهَ " ( la illaha illa " itu kalimat yang paling baik untuk zikrullah.”

Pendek kata tidak ada yang paling agung pada pandangan Allah selain zikrullah. Maha Suci Allah, la ilaha Illah. ) الله لَا إِلـَهَ).

Sesiapa pun boleh mengenang Allah (zikrullah) dengan fikiran atau lisan pada bila-bila masa. Tetapi adalah lebih beramai-ramai duduk membentuk satu bulatan dan berzikir selepas sahaja menunaikan solat sama ada solat Maghrib, Isyak mahupun Subuh. Tidak mengapa seseorang itu membuat amalan zikrullah itu secara sederhana sahaja seorang diri, tetapi hendaklah secara berterusan dari sedikit-sedikit, pada waktu selepas Subuh dan kemudiannya selepas Maghrib dan Isyak.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan tentang apa yang terjadi dalam majlis zikrullah. Nabi bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas khusus oleh Allah s.w.t. membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang yang berzikir itu. Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah orang berzikir itu, malaikat itu berasa sukacita, lalu memanggil lebih banyak lagi malaikat masuk dalam kumpulan itu. Apabila majlis zikir itu tamat, malaikat itu pun kembali ke langit lalu melaporkan kepada Allah s.w.t. bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang meagagung dan memuji Allah.

Kemudian Allah s.w..t berfirman kepada malaikat bahawa Ia telaah mengampunkan semua dosa mereka yang berzikir itu, termasuk juga ada seorang yang tidak berzikir tetapi menyertai kumpulan itu, Allah juga mengampunkan dia kerana sudi bersama-sama mereka.

Antara 10 khasiat zikrullah itu ialah :-

1. Menghalau tenaga-tenaga jahat dan mengelakkannya.

2. Mendapat keredaan Allah dan mengampun dosa.

3. Memurahkan rezeki.

4. Membuat peribadi mulia dan agung.

5. Memcapaia taraf kehampiran dengan Allah.

6. Menghidup dan menyedarkan hati.

7. Menghilangkan kesilapan dan kecacatan.

8. Memelihara percakapan daripada mengumpat dan mengeji.

9. Menyembuhkan penyakit hati

10. Membuang ketakutan dan dukacita dalam hati.

11. Menghindarkan sifat-sifat munafik.

12. Allah akan mengkabulkan segala hajat.

Ada satu penjuru dalam hati yang tidak dapat dibuka kecuali dengan zikrullah. Dalam penjuru itu kuasa Ketuhanan berada. Zikrullah adalah satu alat yang penting dalam semua amalan tareqat Kesufian. Apabila seseorang sampai dalam peringkat perlakuan zikrullah yang ikhlas dan luhur, maka sampailah ia ke tahap di mana ilmu yang diperolehi daripada buku atau kitab tidak perlu lagi. Jika keadaan berzikir ini berkembang subur terus menerus, zikir ini membawa seseorang, dengan izin Allah, ke peringjkat yang paling tinggi dalam evolusi kemanusiaan, dan ia akan mencapai kunci sumber mukjizat.

أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إ ِلـَـهَ أِ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ

لـَهُ ,وَأ َشْهَدُ أ َنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولـُهُ.

اَللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِى مِنَ التَّوَّبِيْنَ وَاجْعَلـْنِى مِنَ

الـْمُطَهِّرِيْنَ وَالجْعَلـْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ

الصَّالِحِينَ.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hamba Nya, Ya Allah jadikan aku daripada orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada orang yang suci dan jadikanlah aku daripada hamba-hamba Engkau yang soleh.

Sekian dahulu dalam bab ini, semoga anda mendapat manfaat darinya.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!

(Rujukan Kitab Ilmu Perubatan Kesufian, m.s. 147)

-------------ooooooooooooooo-------------


JANGAN AMAL SIFAT BERDENGKI.


JANGAN MENGAMALKAN SIFAT BERDENGKI. (86)

Dengki dalam bahasa Arab disebut hasad(حَـسَــدَ) . Orang yang bersifat dengki bercita-cita untuk menghilangkan nikmat (kesenangan) dari orang lain. Nikmat atau kesenangan itu berbagai-bagai jenisnya. Pangkat, kedudukan, kekayaan dan semua pemberian Tuhan yang sifatnya membawa kebahagian termasuk nikmat.

Seorang hamba Allah yang baik seharusnya ikut gembira dan bersyukur, apabila melihat saudaranya atau rakannya menerima anugerah atau nikmat itu. Tetapi apabila iri hati yang bersemai dalam hatinya, maka yang tumbuh dalam batin manusia itu adalah penyakit hasad dengki.

Oleh sebab itu apabila penyakit hasad sudah mula bersarang dalam hati, segeralah berusaha mengubatinya dengan cara seperti berikut, Insya’ Allah kita akan jadi baik:

a. Minta maaf kepada orang yang di dengki (di hasad) walaupun terasa sukar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Berjabat tanganlah kamu meminta maaf, nescaya akan hilang daripada mu penyakit dengki, tunjuk-menunjuk dan cinta mencintailah kamu nescaya akan hilang iri hati” (Hadis Riwayat Imam Malik)

b. Menyedari dan mengingati bahawa semua nikmat yang diberikan Allah kepada umat manusia yang dikehendaki Nya, sudah pasti tidak merugikan orang lain. Sebab nikmat yang diberikan Allah kepada seseorang tidak ada kaitan dengan orang lain.

c. Kita hendaklah beringat bagaimana jika kita di anugerah nikmat seperti itu, dan bagaimana pula JIKA ada orang berdengki pada kita, apa perasaan kita pula?.

d. Kita hendaklah ambil tahu bagaimana dia boleh berjaya sehingga dikurniakan nikmat-nikmat tersebut. Kita ambil teladan pula bagaimana caranya, dan kita buat seperti itu, tentu kita akan berjaya.

e. Kita hendaklah bersabar dan dengan kesabaran itu Allah akan mengurniakan nikmat-nikmat tersebut pada kita.

f. Orang bersifat dengki sudah pasti rugi. Sebab hatinya selalu susah, makan tidak kenyang dan tidur pun tidak nyenyak. Sedangkan orang yang di dengki dalam bahagia hidupnya.

g. Apabila kita selalu mengingati apa yang telah disebutkan di atas, kita akan terlepas dari penyakit dengki dan tidak akan mencari jalan supaya sesuatu nikmat orang itu lenyap dari seseorang itu.

Kesimpulannya janganlah kita berdengki dan berkhianat bukan sahaja sesama Islam tetapi juga sesama manusia di alam ini. Justeru itu kita akan berjaya. Amalkanlah akhlak yang mulia….!

------------------------ooooooooooooooo-----------------------

Sunday, November 27, 2011

Bertaqwa kepada Allah - Siri 4

www.mariam.blogspot.com
mariam@myyahoo.net

KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

---------------------------------------------------------

Bab 4 - Bertaqwalah Kepada Allah

عَـنْ أ َبِيْ ذ َرِّ رَضِىَ الله قـَالَ قـُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ أ َوْصِنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَقْوَى اللهِ فـَإِنـَّهُ رَأْ ْسُ الْأ َمْرِ كُلـِّهِ قـُلـْتُ يـَا رَسُولُ اللهِ زِدْنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَلْاوَةِ الـْقـُرْآنِ فإِنـَّهُ نـُوْرٌ لـَكَ فِى الْأ َارْضِ وَذُخْرٌ لـَكَ فِى السَّمَاءِ. (رواه ابن حبان في صحيحه في حديث طويل)

Maksudnya:

Hazrat Abu Zar r.a. meriwayatkan aku telah berkata Wahai Rasulullah, nasihatkan saya.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“:Bertawqwalah kepada Allah s.w.t. kerana taqwa adalah asasa bagi segala amalan.”

Saya berkata lagi. Tambahkanlah untuk saya. Baginda s.a.w. pun bersabda:

Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah Nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu pada hari akhirat.

Ulasan:

Sememangnyanya sifat taqwa adalah asas bagi segala amalan yang baik. Sesiapa yang hatinya ada perasaan takut kepada Allah s.w.t. maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan berasa sebarang kesempitan. Firman Allah s.w.t.

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ

شَىْءٍ قـَدْرًا (3)

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.(2) Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3) (At-Thalaq(65), (2 dan 3)

Mengenai fadhilat al-Quran maka dalam hadis di atas telah diterangkan nur daripada pembacaan al-Quran itu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang nahfumnya bahawa rumah-rumah yang ada amalan pembacaan al-Quran bercahaya-cahaya kepada penghuni-penghuni di langit sebagaimana bintang-bintang bergermerlapan kepada penghuni-penghuni bumi.

Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan melepaskan dia dari segala masaelah hidupnya. Dan Allah s.w.t. akan memberikan rezeki kadapadanya dari sumber-sumber yang dia tidak diduga. Percayalah dan bertaqwalah...!

Apakah dan bagaimanakan tawqa yang dimaksudkan itu. Sesunguhnya taqwa itu merangkumi mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Ini termasuk juga mengerjakan segala perkara-perkara yang sunat-sunat, mengamalkan akhlak yang mulia dan meninggalkan segala yang haram dan makruh dan tidak melakukan atau menjauhi segala akhlak yang tercrela.

Disamping kita mengerjakan solat-solat lima waktu yang wajib dan pada masa-masa yang di perintahnya dengan tidak melewatkan mengerjakannya amalan tersebut, maka kita bangun ditengah-tengah malam mengerjaklan solat-solat malam yang sunat itu.Kita membaca al-Quran dan memahaminya, dan kita ikut apa yang diperintahkan dalam al-Quran itu. Kita mengerjakan Solat Taubat dan bertaubat nasoha yanki taubat yang tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa-dosa tesebut.

Kita mengerjakan puasa Ramadhan dengan secukupnya dan kita mengerjakan pula puasa-puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban dan puasa sunat harian yang ditentukan.

Kita bersedekah dengan apa rezeki yang telah Allah berikan kepada kita, dan jangalah kita bersifat bakhil atau kedekut.

Kita menunaikan fardhu Haji bilamana kita ada kemampuan untuk diri kita melakukannya, jangan tunggu hingga masa tua atau selepas bersara dari jawatan kerajaan.

Kita hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang mulia iaitu menghubungkan solitaurrahim antar satu sama lain, menuntut ilmu atau rajin hadir ceramah-ceramah agama, hilangkan perasaan marah dan dendam, tidak berdengki khianat. Tidak terlalu kikir harta atau wang, tidak riakkan diri, tidak gila pangkat, tidak takbur diri, tidak amalkan hal kebendaan dan kewangan, bersifat sabar, bersifat syukur, bersifat ikhlas, sentiasa menjaga lidah atau tidak membuat fitnah, mengamalkan amar makruf nahi munkar atau jauh dari perbuatan kemungkaran dan mencegah kemungkaran itu,dan sebagai lagi.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج

وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”

(Ali-Imran ayat 134)

Huraiannya:

Allah seterusnya telah menerangkan akan sifat-sifat orang yang taqwa itu sebagai berikut:

1. Orang-orang yang menbelanjakan harta mereka semasa senang dan semasa susah. Yakni orang-orang yang tersebut di dalam dua keadaan yang berlawanan. Sama ada semasa lapang atau sempit, semasa kaya atau miskin, semasa suka atau duka, sedang dalam kenikmatan atau sedang ditimpa cubaan. Mereka tidak sekali-kali berhenti dari membelanjakan harta mereka untuk membantu dan berbuat kebajikan kdepada sesama manusia terutama kepada saudara-saudara mereka orang-orang Islam. Perbuatan mereka yang disebutkan oleh Allah itu merupakan sifat mereka yang pemurah lagi dermawan. Sifat pemurah ini menandakan taqwa mereka yang amat besar kelebihannya.

At-Termidzi telah mengeluarkan riwayat dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda- maksudnya:

”Orang yang pemurah dekat kepada Allah, dekat kepada manusia, dekat kepada syurga, jauh dari neraka. Dan orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat kepada neraka. Dan orang jahil yang pemurah lebih disayangi oleh Allah daripada orang kuat beribadat yangbakhil.”

2. Orang-orang sabar menahan marah. Yakni kemarahan yang sedang menyala-nyala di dalam dada mereka itu dapat mereka tahan. Maka perbuatan mereka merupakana sifat sabar yang hanya dipunyai oleh orang-orang yang berjiwa besar dan semangat kuat – sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah – bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

”Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergelut, hanya yang kuat itu dapat menguasai dirinya ketika marah.”

3. Orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia. Yakin sekiranya ada orang melakukan kejahatan terhadap mereka atau menganiya, tiada dibalasnya bahkan dimaafkan kesalahannya.

Ayat ini mengisyaratkan juga tentang baiknya Nabi s.a.w. terhadap pasukan pemanah dalam peperangan Uhud yang telah melanggar perintahnya kerana meninggalkan pertahanan mereka – kesalahan mereka itu telah dimaafkan – begitu pula Nabi s.a.w. telah memaafkan perbuatan orang-orang musyrikin yang menyayat-nyayat mayat Sayidina Hamzah r.a. dahulu padahal baginda telah berniat hendak menuntut bela akan menggandakan pencerobohan mereka itu dengan 70 kali ganda. Sikap pemaaf yang demikian itulah daripada sifat orang yang taqwa.

4. Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu. Yakni sifat taqwa mereka itu ialah berbuat kebaikan dengan menolong meringankan kesusahan orang lain dengan mengorbankan sebahagian nikmat yang mereka terima daripada Allah iaitu berkorban tanda mensyukuri-Nya. Maka balasannya Allah mengasihi mereka.

Wassalan mu alaikum......

----------------------oooooooooooooooooo---------------------------

Menghgormati Ibu baoa - Siri 3

www.mariam.blogspot.com

KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

BAB 3 - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.

Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu bapa. Dalam hal mengucapkan perkataan-perkataan yang baik ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi pehatian;

a. Sentiasa mengucap terima kasih kepada ibu bapa apabila mereka selesai melakukan sesuatu khidmat kepada kita seperti memasak, mengejutkan dari tidur, memberi nasihat pengajaran dan saebagainya.

b. Sentiasa merendahkan suara ketika bertutur dengan mereka.

c. Sentiasa memperkatakan perkara-perkara yang membawa faedah.

d. Sentiasa memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengarinya.

e. Sentiasa berfikir dahulu sebelum mengucapkan sesuatu agar ia tidak menyinggung hati dan perasaan mereka.

f. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Anak-anaK yang mengucapkan perkataan yang baik apabila bertutur dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah SWT. Ini akan menjaminkan kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan di akhirat.

Berbuat baik kepada dua orang ibu bapa.


Al-Quran Surah Al-Ahqaaf ayat 15 - Firman Allah s.w.t. ” : -

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا, حَمَلَتْهُ ا ُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثـَلَثُوْنَ شَهْرً,

حَتَّى اِذ َا بـَلـَغَ اَشُدَهُ, وَبَلـَغَ اَرْبَعِيْن َ سَنَة ً قَالَ رَبِّ اَوْ

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتـَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلىَ

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ , اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.

Maksuds ayat”

Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku

(tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku). Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.

Keterangan ayat tersebut” (Al-Ahqaf ayat 46)

Allah s.w.t. mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa, terutama kepada ibunya, kerana ia mengandung dengan susah payah dan melahirkan dengan suasah payah pula. Sejak mulai mengandung sampai menceraikan dari susuan 30 bulan lamanya. Seabab itu harusalah kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya kepada kita dan kepada ibu bapak kita serta beramal soleh, suraya mengharapkan agar anak cucu kita (keturunan kita) menjadi anak-anak yang soleh pula yang akan menggantikan kita di belakang hari. Orang-orang itulah yang diterima Allah amalannya dan diampuni kesalahanya.

Jiusteru itu maka adalah dinasihati kepada sekalkian yang berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang di dedahkan di atas semnoga anda sekalian beroleh kebahagiabn dan aman maknur. Amin...

Sekian, dahulu....

Wassala mulaikum......

--------------oooooooooooooooo-------------