Sunday, November 27, 2011

Bertaqwa kepada Allah - Siri 4

www.mariam.blogspot.com
mariam@myyahoo.net

KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

---------------------------------------------------------

Bab 4 - Bertaqwalah Kepada Allah

عَـنْ أ َبِيْ ذ َرِّ رَضِىَ الله قـَالَ قـُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ أ َوْصِنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَقْوَى اللهِ فـَإِنـَّهُ رَأْ ْسُ الْأ َمْرِ كُلـِّهِ قـُلـْتُ يـَا رَسُولُ اللهِ زِدْنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَلْاوَةِ الـْقـُرْآنِ فإِنـَّهُ نـُوْرٌ لـَكَ فِى الْأ َارْضِ وَذُخْرٌ لـَكَ فِى السَّمَاءِ. (رواه ابن حبان في صحيحه في حديث طويل)

Maksudnya:

Hazrat Abu Zar r.a. meriwayatkan aku telah berkata Wahai Rasulullah, nasihatkan saya.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“:Bertawqwalah kepada Allah s.w.t. kerana taqwa adalah asasa bagi segala amalan.”

Saya berkata lagi. Tambahkanlah untuk saya. Baginda s.a.w. pun bersabda:

Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah Nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu pada hari akhirat.

Ulasan:

Sememangnyanya sifat taqwa adalah asas bagi segala amalan yang baik. Sesiapa yang hatinya ada perasaan takut kepada Allah s.w.t. maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan berasa sebarang kesempitan. Firman Allah s.w.t.

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ

شَىْءٍ قـَدْرًا (3)

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.(2) Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3) (At-Thalaq(65), (2 dan 3)

Mengenai fadhilat al-Quran maka dalam hadis di atas telah diterangkan nur daripada pembacaan al-Quran itu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang nahfumnya bahawa rumah-rumah yang ada amalan pembacaan al-Quran bercahaya-cahaya kepada penghuni-penghuni di langit sebagaimana bintang-bintang bergermerlapan kepada penghuni-penghuni bumi.

Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan melepaskan dia dari segala masaelah hidupnya. Dan Allah s.w.t. akan memberikan rezeki kadapadanya dari sumber-sumber yang dia tidak diduga. Percayalah dan bertaqwalah...!

Apakah dan bagaimanakan tawqa yang dimaksudkan itu. Sesunguhnya taqwa itu merangkumi mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Ini termasuk juga mengerjakan segala perkara-perkara yang sunat-sunat, mengamalkan akhlak yang mulia dan meninggalkan segala yang haram dan makruh dan tidak melakukan atau menjauhi segala akhlak yang tercrela.

Disamping kita mengerjakan solat-solat lima waktu yang wajib dan pada masa-masa yang di perintahnya dengan tidak melewatkan mengerjakannya amalan tersebut, maka kita bangun ditengah-tengah malam mengerjaklan solat-solat malam yang sunat itu.Kita membaca al-Quran dan memahaminya, dan kita ikut apa yang diperintahkan dalam al-Quran itu. Kita mengerjakan Solat Taubat dan bertaubat nasoha yanki taubat yang tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa-dosa tesebut.

Kita mengerjakan puasa Ramadhan dengan secukupnya dan kita mengerjakan pula puasa-puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban dan puasa sunat harian yang ditentukan.

Kita bersedekah dengan apa rezeki yang telah Allah berikan kepada kita, dan jangalah kita bersifat bakhil atau kedekut.

Kita menunaikan fardhu Haji bilamana kita ada kemampuan untuk diri kita melakukannya, jangan tunggu hingga masa tua atau selepas bersara dari jawatan kerajaan.

Kita hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang mulia iaitu menghubungkan solitaurrahim antar satu sama lain, menuntut ilmu atau rajin hadir ceramah-ceramah agama, hilangkan perasaan marah dan dendam, tidak berdengki khianat. Tidak terlalu kikir harta atau wang, tidak riakkan diri, tidak gila pangkat, tidak takbur diri, tidak amalkan hal kebendaan dan kewangan, bersifat sabar, bersifat syukur, bersifat ikhlas, sentiasa menjaga lidah atau tidak membuat fitnah, mengamalkan amar makruf nahi munkar atau jauh dari perbuatan kemungkaran dan mencegah kemungkaran itu,dan sebagai lagi.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج

وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”

(Ali-Imran ayat 134)

Huraiannya:

Allah seterusnya telah menerangkan akan sifat-sifat orang yang taqwa itu sebagai berikut:

1. Orang-orang yang menbelanjakan harta mereka semasa senang dan semasa susah. Yakni orang-orang yang tersebut di dalam dua keadaan yang berlawanan. Sama ada semasa lapang atau sempit, semasa kaya atau miskin, semasa suka atau duka, sedang dalam kenikmatan atau sedang ditimpa cubaan. Mereka tidak sekali-kali berhenti dari membelanjakan harta mereka untuk membantu dan berbuat kebajikan kdepada sesama manusia terutama kepada saudara-saudara mereka orang-orang Islam. Perbuatan mereka yang disebutkan oleh Allah itu merupakan sifat mereka yang pemurah lagi dermawan. Sifat pemurah ini menandakan taqwa mereka yang amat besar kelebihannya.

At-Termidzi telah mengeluarkan riwayat dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda- maksudnya:

”Orang yang pemurah dekat kepada Allah, dekat kepada manusia, dekat kepada syurga, jauh dari neraka. Dan orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat kepada neraka. Dan orang jahil yang pemurah lebih disayangi oleh Allah daripada orang kuat beribadat yangbakhil.”

2. Orang-orang sabar menahan marah. Yakni kemarahan yang sedang menyala-nyala di dalam dada mereka itu dapat mereka tahan. Maka perbuatan mereka merupakana sifat sabar yang hanya dipunyai oleh orang-orang yang berjiwa besar dan semangat kuat – sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah – bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

”Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergelut, hanya yang kuat itu dapat menguasai dirinya ketika marah.”

3. Orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia. Yakin sekiranya ada orang melakukan kejahatan terhadap mereka atau menganiya, tiada dibalasnya bahkan dimaafkan kesalahannya.

Ayat ini mengisyaratkan juga tentang baiknya Nabi s.a.w. terhadap pasukan pemanah dalam peperangan Uhud yang telah melanggar perintahnya kerana meninggalkan pertahanan mereka – kesalahan mereka itu telah dimaafkan – begitu pula Nabi s.a.w. telah memaafkan perbuatan orang-orang musyrikin yang menyayat-nyayat mayat Sayidina Hamzah r.a. dahulu padahal baginda telah berniat hendak menuntut bela akan menggandakan pencerobohan mereka itu dengan 70 kali ganda. Sikap pemaaf yang demikian itulah daripada sifat orang yang taqwa.

4. Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu. Yakni sifat taqwa mereka itu ialah berbuat kebaikan dengan menolong meringankan kesusahan orang lain dengan mengorbankan sebahagian nikmat yang mereka terima daripada Allah iaitu berkorban tanda mensyukuri-Nya. Maka balasannya Allah mengasihi mereka.

Wassalan mu alaikum......

----------------------oooooooooooooooooo---------------------------

Menghgormati Ibu baoa - Siri 3

www.mariam.blogspot.com

KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

BAB 3 - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.

Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu bapa. Dalam hal mengucapkan perkataan-perkataan yang baik ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi pehatian;

a. Sentiasa mengucap terima kasih kepada ibu bapa apabila mereka selesai melakukan sesuatu khidmat kepada kita seperti memasak, mengejutkan dari tidur, memberi nasihat pengajaran dan saebagainya.

b. Sentiasa merendahkan suara ketika bertutur dengan mereka.

c. Sentiasa memperkatakan perkara-perkara yang membawa faedah.

d. Sentiasa memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengarinya.

e. Sentiasa berfikir dahulu sebelum mengucapkan sesuatu agar ia tidak menyinggung hati dan perasaan mereka.

f. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Anak-anaK yang mengucapkan perkataan yang baik apabila bertutur dengan ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah SWT. Ini akan menjaminkan kehidupan yang lebih sempurna di dunia dan di akhirat.

Berbuat baik kepada dua orang ibu bapa.


Al-Quran Surah Al-Ahqaaf ayat 15 - Firman Allah s.w.t. ” : -

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا, حَمَلَتْهُ ا ُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثـَلَثُوْنَ شَهْرً,

حَتَّى اِذ َا بـَلـَغَ اَشُدَهُ, وَبَلـَغَ اَرْبَعِيْن َ سَنَة ً قَالَ رَبِّ اَوْ

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتـَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلىَ

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ , اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.

Maksuds ayat”

Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata: Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku

(tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmat Engkau, yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku). Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.

Keterangan ayat tersebut” (Al-Ahqaf ayat 46)

Allah s.w.t. mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa, terutama kepada ibunya, kerana ia mengandung dengan susah payah dan melahirkan dengan suasah payah pula. Sejak mulai mengandung sampai menceraikan dari susuan 30 bulan lamanya. Seabab itu harusalah kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya kepada kita dan kepada ibu bapak kita serta beramal soleh, suraya mengharapkan agar anak cucu kita (keturunan kita) menjadi anak-anak yang soleh pula yang akan menggantikan kita di belakang hari. Orang-orang itulah yang diterima Allah amalannya dan diampuni kesalahanya.

Jiusteru itu maka adalah dinasihati kepada sekalkian yang berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang di dedahkan di atas semnoga anda sekalian beroleh kebahagiabn dan aman maknur. Amin...

Sekian, dahulu....

Wassala mulaikum......

--------------oooooooooooooooo-------------

Menuju Ke Syurga - Siri 2/1423

www.mariam.bloghspot.com

KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA

TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

BaB 2 - Mengasihi Rasulullah saw.

Kasih dan cinta Rasulullah saw adalah suatu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat sedemikian kerana Baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam memimbing dan memberi tunjuk ajar kepada manusia sejagatnya.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah saw sudah tentu manusia berada dalam kegelapan dan kesesatan.

Perjuangan Rasulullah saw menyelamatan umat daripada kesesatan ternyata amat berkesan. Kedaan perjuangan Baginda dapat dinikmati oloeh umat dahulu, sekarang dan akan datang. Sewaktu memperjuangkan dakwah dan kebenaran, Baginda bertubi-tubi menerima cabaran dan dugaan. Cabaran itu dilalui oleh Baginda dengan begitu gigih untuk mengharap keredaan Allah swt disamping sayang kepada ummah.

Cinta dan kasih kepada Baginda mesti direalisasikan melalui perlaku kehidudan harian . Di antara cara hidup Rasulullah saw yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim adalah seperti berikut:

a. Sentiasa bersifat benar, amanah, menyampaikan perintah Allah swt, dan bijaksana. Inilah sifat yang dimiliki olerh Rasulullah saw. Sifat ini jugalah yang membawa kecermerlangan umat Islam generasi pertama dahulu.

b. Sentiasa menunjukkan rasa hormat kerpada teman.

c. Rajin melawat orang sakit.

d. Mengutamakan hal-hal kematian.

e. Sentyasa terlibat mengurus jenazah

f. Sentiasa terlibat dengan usaha murni seperti menghantar mayat hingga ke kubu.

g. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai anak-anak yatim, Fakitr miskin dan orang miskin yang memerlukankna bantuan.

h. Sentiasa berbuat baik kepada kaum kreluarga.

i. Berkasih sayang kepada isterti dan anak-anak.

j. Sentiasa menghubungkan silaturrahim, berbuat baik terhadap jiran tetangga.

k. Sentiasa berbuat baik kepada teman sejati.

l. Sentiasa mengamalkan sifat pemurah, pemaaf, penyayang, penyantun dan peramah.

m. Sentiasa mengamalkan sifat terpuji seperti tolong-menolong dan melakukan kebaikan.

n. Sentiasa mengucapkan tahniah kepada teman yang berjaya.

o. Sentiasa mengucap takziah krepada teman yang mendapat musibah.

p. Sentiasa bersedia untuk bertaubat terhadap kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan.

q. Sentiasa akur kepada larangan-larangan Rasulullah saw seperti menjauhkan diri dari pada bercakap bohong, khianat, dengki, buruk sangka, mencaci maki, malas, lemah, bakhil, penegcut dan sebagainya.

r. Sentiasa menyebut dan mengingati Baginda pada setiap tempat dan masa.

s. Sentiasa mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan Baginda sekadar yang termampu.

t. Sentiasa berusaha menyebar risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw sepanjang hayat.

Justeru itu maka insan akan menjadi lebih teratur apabila mereka mengamalkan perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Kesimpulannya kita hendaklah sedar dewasa ini sesunghyunya aruas pembangunan yang kian laju dan amat mencabar perjalanan kerhidupan umat manusia terutama golongan rermaja, dalam mengerj kemajuan dan kecermerlangan hidup, akhlak yang mulia merupakan perkara utama yang akan menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada manusia untuk menghadapi ancaman keruntuhan akhlak, kersan daripada pembangunan urbanisasi, industrialisasi dan medenasasi semasa.

Sekian dahulu, semoga anda dapat menafaat dengan penulisan dalam Blog ini dan akan menjadi manusia yang berbahagia, yang beroleh kecermerlangan dalam kehidupan seharian. Amin.....

Wssala mualai kum.......

----------oooooo----------


Ke arah berakhlak mulia - Siri 1/1423

PENDAHULUAN

---------------------------------------------------------

Bab - Akhlak Mulia Mengabdikan Diri kepada Allah s.w.t .(*01)

1. Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah s.w.t. kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti menyerah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya.

Firman allah s.w.t.:

يَأَيُّهَا النـَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الـَّذِى خَلـَقَكُمْ وَالـَّذِينَ

مِنْ قَبْلـِكُمْ لـَعَلـَّكُمْ تَتـَّقـُونَ.(البقرة:21)

“Wahai sekalian manusia Beribadahlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. (Al Baqarat ayat 21)

2. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah s.w.t. sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menikmnati pemberian Allah s.w.t. dalam pelbagai berbentuk dan cara. Malahan kewjujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t.

3. Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk tidak kepada Khaklik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan suatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk. Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t. termasuklah:-

a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabidkan dan beribadah kepada Allah s.w.t. bukan terhad kepada sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t dan dilakukan mengukut lunas-lunas yang dippertentukan oleh syariat.

b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.

c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi Allah s.w.t. kepada sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan panca indera untuk melihat, mendengar, menviun, merasa, dan menyentuh sesuatu yang disukai Allah s.w.t.

d. Sentiasa bersedia untuk menyumbang sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Di samping itu harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah.

e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Memberikan mereka agar menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah s.w.t.

f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang selesa untuk melwat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis silaturrahim dan laina-laian lagi.

g. Sentiasa meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t. sahaja yang maha benar.

4. Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa. Di samping itu, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan sentiasa ditredai oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.

وَلـَوْ أ نَّهُمْ ءَامَنُوْا وَاتـَّقُوْا لـَمَثـُوبَة مِّنْ عِنْدِاللهِ خـَيْرٌ,

لـَّوْكَانـُوْا يَعْمَلـُون َ (البقرة: 103)

Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala): sesungguhnya pahala dari sisi Allah s.w.t. itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya.

(Al Baqarat ayat 103)

Sekian dahulu dan hal bab ini. Wassala mualikum.

-------------ooooooooo--------------

Nota kaki: (*10) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 01 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur.

Saturday, February 26, 2011

Asas-asas Tauhid - Siaran 01/2011


Email - mariam@myyahoo.net,.
Blog Address- www.mariam.blogspot.com


TAUHID PERINGKAT ASAS – SIARAN KE 01/2011.
(Untuk Adik-Adik)

Soalan 501.

Apa didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah?

Jawapan.

Agama Allah iaitu Islam yang berarti sepatah kata yang mengandungi sekalian Syari’at (undang-undang) yang diberikan oleh Tuhan kepada RaslulNya dan disampaikan kepada sekalian umat yang membawakan kepada bahagia selama-lamanya bagi orang yang berpegang dengan dia. Itulah yang didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah iaitu Islam.

Soalan 502.

Bagaimana kita beriman kepada Allah ?

Jawapan.

Kita beriman kepada Allah s.w.t. iaitu kita berpegang teguh di hati dan mengaku akan bahawa alam ini ada Tuhan yang menjadikana akan dia; iaitu Allah s.w.t. Tuhan yang asa yang hidup, Yang Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa pada sebarang kehendakNya.

Soalan 503.

Apakah maknanya Malaikat dan bagaimana kita percayakan akan dia?

Jawapan.

Malaikat ialah sejenis makhluk, barang yang dijadikan Tuhan. Kita misti percayakan Malaikat iaitu berpegang teguh dihati dan mengaku akan bahawa ada Malaikat itu, sebahagian daripada hambaNya yang tida makan, tiada minum, tiada lelaki dan tiada perempuan dan juga tiada tidur, hanya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhan.

Soalan 504.

Berapa banyak Malaikat yang wajib di ketahui dan apa-apa namanya?

Jawapan.

Malaikat itu banyak maka tiada sesiapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah s.w.t. Hanya yang wajib diketahui dengan nyata satu-satunya iaitu sepuluh sahaja. Nama-nama mereka ialah: Jibril, Mikail, Israfil, Azrail, Munkar, Nankir, Raqib, ’Atik, Malik dan Reduan.

Soalan 505.

Berapa banyak Suhup dan kitab yang Tuhan turunkan dan berapa Suhup yang diturunkan kepada Nabi Idris dan Nabi Ibrahim?

Jawapan.

Banyaknya Suhup dan Kitab yang diturunkan ialah seratus empat buah. Maka seratus daripadanya itu dinama akan dia Suhup dan empat buah lagi dinamakan Kitab iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Furqan (Qura’an). Diturunkan kepada Nabi Allah Adam sepuluh Suhup, Nabi Allah Idris Tiga puluh, kepada Nabi Allah Syith Lima puluh dan kepada Nabi Allah Ibrahim sepuluh. Dan ada ulama’ mengatakan ada diturunkan kepada Nabi Allah Musa sebelum Taurat sepuluh Suhup, Wallah hu ’alam.


Soalan 506.

Kepada siapakah ditutrunkan Kitab-kitab itu dan apa pula bahasanya.

Jawapan.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud dengan bahasa Qubti (Yunan Geris), Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa dengan bahasa ’Abrani (Yahudi), Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Allah ’Isa dengan bahasa Suria (Syria) dan Al-Qur’an di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan Bhasa Arab.
Soalan 507.

Apakah perbezaan di antara Rasul dan Nabi.?

Jawapan.

Makna Nabi dan Rasul itu ialah Nabi itu manusia yang lelaki yang dipilih oleh Allah s.w.t dan diberikan kepadanya syari’at untuk amalan dirinya sahaja. Adapun Rasul itu dilantik oleh Allah s.w.t. daripada Nabi-nabi itu, disuruh menyampaikan dan mengajarkan syari’at itu kepada umat-umat mereka. Nabi itu banyak dan tiada siapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah, tetapi ada ulama; berkata iaitu seratus dua puluh empat ribu, dan yang jadi Rasul daripada mereka itu iaitu tiga ratus tiga belas orang atau tiga ratus empat belas orang.

Soalan 508

Bagaimana beriman kepada Rasul dengan ajmal.?

Jawapan.

Rasul yang wajib diketahui dengan tafsil (dengan nyata satu-satunya) iaitu sekalian Rasul yang ada disebut nama-nama mereka di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima sahaja. Ada pun selain daripada itu maka wajib diketahui akan dia dengan ajmal (dengan kumpulan) sahaja, iaitu bahawa beriktiqad (simpulkan di hati) mengakukan bahawa Nabi dan Rasul itu banyak, tiada mengetahui akan bilangan yang sbenarnya melainkan Allah.
Soalan 509

Berapa orang Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an yang wajib kita ketahui dan apakah nama-nama mereka itu.?

Jawapan.

Nama-nama Rasul yang ada tersebuat di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima orang, dan nama-nama mereka adalah seperti berikut:-
(1) .Adam (11). Yusuf (21). Yunus
(2) .Idris (12). Ayub (22). Zakaria
(3) .Nuh (13). Shuib (23). Yahaya
(4) .Hud (14). Harun (24). ’Isa
(5) .Soleh (15). Musa (25). Nabi Muhammad s.a.w.
(6) .Ibrahim (16). Alyas’ak
(7) .Lud (17). Zulkifli
(8) .Ismail (18). Daud
(9) .Ishaq (19). Sulaiman
(10)..Ya’akub (20). Aliyas.



Soalan 510.

Berapa orangkah Rasul yang digelar ‘Ulul Azmi’, dan siapakah nama-nama mreka itu.?

Jawapan.

Wajib kita ketahui bahawa sekalian Rasul itu berlebh kurang pangkat mereka pada sisi Allah s.w.t, tetapi ada yang lebih utama lima orang daripada mereka itu yang digelarkan ‘Ulul Azmi’ iaitu:

(1). Nabi Muhammad s.a.w.
(2). Nabi Ibrahim a.s.
(3). Nabi Musa a.s.
(4). Nabi ’Isa a.s
(5). Nabi Nuh a.s.


Soalan 511.

Bagaimanakah kita misti mempercayakan tentang hari kiamat itu.?

Jawapan.

Wajib kita mempercayakan tentang hari kiamat itu. Iaitu berpegang teguh dihati mengaku dan percayakan bahawa semua kita akan dihidupkan semula kemudian daripada telah mati, sekalian yang bernyawa dan dihimpunkan dipadang ’mahsyar’ untuk dibicarakan. Maka orang yang beriman dan taat dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang kafir dan orang yang banyak melakukan maksiat dimasukkan ke dalam neraka.

Sekian dahulu, akan disambung lagi dalam hal ini kemudian.
-------------oooooooooooo----------------